TIPS PERNIAGAAN : ADAKAH ANDA SUDAH MEMBUAT PERANCANGAN UNTUK PERNIAGAAN ANDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Terima Kasih kepada rakan2 yg sudi ke page saya…
Selamat Tahun Baru saya ucapkan dan moga tahun baru ini lebih baik pada kita semua…

 

Anda sudah rancang ke tahun ini nak buat apa?
Disini saya sertakan panduan utk buat planning utk dikongsikan bersama…(oleh dr azizan osman)

PERHATIAN : JIKA ANDA MINAT UNTUK MULA BERNIAGA DAN MASIH MENCARI PELUANG PERNIAGAAN, JOM MULAKAN BERSAMA KAMI SEBAGAI SATU PASUKAN. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 

1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda

Ada orang yang sangat terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang dirancang walaupun ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci. Mana-mana satu pun adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?

 

Perancangan yang baik kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan mempunyai faktor yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat rancangan yang sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada perancangan beserta sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita membuat tindakan.

 

Jika anda seorang yang biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan jurnal dalam masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah berputus asa. Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat perancangan yang sesuai dengan diri anda.

 

2. Luangkan masa untuk membuat perancangan

Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di dalam kereta sambil mendengar CD pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa pun, setkan satu masa untuk melakukannya. Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda.

 

3. Simpan satu jurnal

Jangan bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk menulisnya. Tulis di satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat yang memberi kesan kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia terbukti berkesan. Tulis semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk bertindak dari mana anda bermula hingga ke mana anda mahu sampai.

 

Jangan lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda. Tulis semua impian dan cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda mengumpulkan semua maklumat berharga yang anda jumpa. Jika anda serius untuk mengubah hidup anda untuk menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan berjaya, anda perlu tulis dan jurnalkan semuanya.

 

4. Muhasabah diri

Sediakan masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula diri, untuk melihat semula kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda telah pelajari dari apa yang telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya sebagai “Rewind & Reflect” supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci di dalam memori anda dan boleh menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah diri.

 

Bila anda telah membaca semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa untuk melihat kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam hidup anda dan imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa yang anda lihat, apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari adalah seperti kepingan hidup anda.

Kemudian, luangkan beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang minggu.

 

5. Tetapkan matlamat

Anda perlu ingat, perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari, yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini, anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.

 

Saya masih ingat ketika saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu saya bekerja dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun saya tidak faham kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa saya mahu menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi jutawan pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.

 

6. Bertindak seperti apa yang dirancang

Apa yang membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang gagal adalah orang yang berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak pandai, tak memiliki CGPA tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu bertindak. Masa yang terbaik untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa yang akan jadi jika anda tidak bertindak?

 

Kita akan bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari sekarang ianya akan hilang.

 

Jadi, disiplinkan diri anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat, jelas dan masih panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang ada ketika itu dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.

 

Yang menariknya, semua tindakan yang penuh disiplin itu akan menarik perkara yang baik satu sama lain. Sebab itu, tindakan walau sekecil manapun adalah penting kerana nilai dan kebaikan yang anda akan perolehi dari tindakan yang kecil itu akan memberi inspirasi kepada anda untuk membuat tindakan yang lebih besar. Jadi, mulakan tindakan berdasarkan apa yang telah anda rancang. Hasil yang akan anda perolehi pasti sangat hebat.

 

Tetapi kita mesti ingat, setiap perancangan ada kelemahannya sendiri. Kita hanya manusia biasa, oleh itu, jadikan 6 tip ini untuk membantu anda bangkit semula dan teruskan bertindak…

 

Semoga bermanafaat untuk semua…