TIPS PINDAH RUMAH

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah, terdetik dihati ingin menulis berkenaan TIPS PINDAH RUMAH ini dengan harapan agar menjadi panduan berguna untuk kita kongsikan ┬ábersama agar urusan PINDAH RUMAH┬ádan SEWA LORI berjalan dengan lancar dan memudahkan kita. Disini saya kongsikan tips yang penting…

 

a) Rancang tarikh pindah terlebih dahulu, buat pilihan sama ada mahu berpindah pada hari bekerja atau pada hari cuti. Jika pada hari berkerja pastikan membuat permohonan cuti lebih awal. Pastikan juga dapat lori pada tarikh tersebut. Ada juga khidmat lori sewa malam juga…mungkin anda boleh pilih malam dan waktu anda cuti juga sebab malam lebih sejuk…

 

b) Pastikan anda mula mengemas barang anda dari awal lagi. Tidak perlu kelam kabut. Caranya :

– Mula dengan barangan di ruang tamu. Tandakan barang diruang tamu anda. Caranya dengan menggunakan pita pelekat dan marker pen. Semua barang besar atau perabot di ruang tamu dilekatkan dengan pita pelekat dan tulis ruang tamu. Ini supaya bila sudah masuk ke rumah baru nanti kita sudah tahu mana barangan kita yang perlu diletakkan di ruang tamu.

– Begitu juga dengan barangan lain. Pastikan buat label seperti ruang tamu, bilik utama, bilik tetamu, bilik anak 1, bilik anak 2, dapur, bilik air atau tandas. Pastikan semuanya bertanda supaya mudah untuk kita berkemas nanti ketika memasuki rumah baru nanti.

– Begitu juga dengan barang2 yg kecil atau pakaian kita. Biasanya orang akan gunakan plastik hitam untuk memasukkan barang kecil atau pakaian. Yang penting pastikan bertanda seperti ruang tamu, bilik 1, dapur dan sebagainya. Ini akan sangat memudahkan kita nanti untuk proses mengemas di rumah baru kita nanti.

– Anda juga boleh terlebih dahulu memilih barang atau perabot anda yg anda mahu jual dan tidak mahu lagi berada di rumah baru anda. Dengan rancang awal anda ada masa untuk menjual barang/perabot anda. Wang yang anda dapat dari jualan tadi boleh digunakan untuk membayar kos sewa lori nanti atau untuk memberi barang lain untuk rumah baru anda.

 

Sekian sahaja tulisan saya untuk kali ini. Semoga ia dapat menjadi panduan berguna untuk kita pindah rumah pada masa hadapan.